Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA 1445H

Pengerusi Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0), Datuk Dr. Hj Abd Rani Lebai Jaafar dan Setiausha, Encik Abdul Samad menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri jemputan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bertempat di Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.

Jamuan raya turut dihadiri mantan Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaacob. Pengerusi BR2.0 sempat beramah mesra dengan beliau dan menceritakan sedikit sebanyak tentang tujuan serta aktiviti-aktitviti yang sedang dijalankan oleh BR2.0.

Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad telah didaftarkan pada 6 September 2022 sebagai satu inisiatif di bawah KUSKOP untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi kumpulan B40 dan M40 serta mewujudkan peluang dalam perniagaan dan pekerjaan, selaras dengan sasaran visi Dasar Koperasi Negara 2030 dan Transkom; Kabinet telah meluluskan penubuhan BR2.0 pada 29 Jun 2022, dan BR2.0 diletakkan di bawah naungan Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui Akta Koperasi 1993.