Kunjungan Hormat KOPETRO ke Pejabat BR2.0

Kunjungan Hormat KOPETRO ke Pejabat BR2.0 28 Mei 2024

Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0) telah menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) pada 28 Mei 2024 bertempat di Pejabat Urusan BR2.0, Putrajaya. Hadir bersama kunjungan ialah Naib Pengerusi KOPETRO, Encik Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Abdul Rahman dan empat orang kakitangan KOPETRO.

Pengerusi BR2.0, Datuk Dr. Abd Rani bin Lebai Jaafar dan Pengerusi KOPETRO berkongsi buah fikiran dan pengalaman dalam mengendalikan sebuah koperasi yang berjaya dan memberikan manfaat kepada anggotanya.

BR2.0 amat berbesar hati atas kunjungan hormat KOPETRO dan mengucapkan jutaan terima kasih. BR2.0 berharap agar kunjungan hormat ini dapat mengeratkan silaturahim antara kedua-dua belah pihak dan dapat mewujudkan pelbagai jaringan kerjasama dua hala antara BR2.0 dan KOPETRO.

Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad telah didaftarkan pada 6 September 2022 sebagai satu inisiatif di bawah KUSKOP untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi kumpulan B40 dan M40 serta mewujudkan peluang dalam perniagaan dan pekerjaan, selaras dengan sasaran visi Dasar Koperasi Negara 2030 dan Transkom; Kabinet telah meluluskan penubuhan BR2.0 pada 29 Jun 2022, dan BR2.0 diletakkan di bawah naungan Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui Akta Koperasi 1993.