BR2.0 Hadiri Kursus Anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa)

Anggota Lembaga dan kakitangan Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0) telah berjaya menyelesaikan kursus anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) pada 12 – 13 Jun 2024 bertempat di UNITEN, Kajang, Selangor.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Shafiq dan Cik Nor Syuhada daripada IKMa yang telah menyampaikan maklumat serta penerangan berkenaan pentadbiran koperasi dengan begitu lengkap kepada para peserta.

BR2.0 akan berusaha untuk menerapkan dan mempraktikkan segala input yang dipelajari bagi memastikan anggota BR2.0 mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad telah didaftarkan pada 6 September 2022 sebagai satu inisiatif di bawah KUSKOP untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi kumpulan B40 dan M40 serta mewujudkan peluang dalam perniagaan dan pekerjaan, selaras dengan sasaran visi Dasar Koperasi Negara 2030 dan Transkom; Kabinet telah meluluskan penubuhan BR2.0 pada 29 Jun 2022, dan BR2.0 diletakkan di bawah naungan Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui Akta Koperasi 1993.